Thursday, July 4, 2013

Jom bayar PTPTN!!

Hi sesiapa yang drop by here,


Bagi yang dah habis belajar dan peminjam PTPTN tu especially, jomlah kita sama-sama bayar balik PTPTN. Janganla tunggu sampai kene blacklist dah rugi tak boleh pergi oversea. Dah la impian nak honeymoon kat Bali, Paris, London..Tapi PTPTN tak nak bayar. Lepastu pulak kesian kat penjamin kita nanti dia pon kena blacklist. Kan dah susahkan diri sendiri dan semua yang terlibat.


Kalau rasa tak nak bayar sekaligus tu, bayarla sikit-sikit asalkan transaksi tu still berjalan takdela beku je. Pinjam nak banyak-banyak tapi bayar sikit-sikit pon takkan tak boleh kan.. Lepas dah bayar tu, kalau nak semak balik, boleh la pergi dekat  laman web PTPTN http://www.ptptn.gov.my/web/guest/anjung
pastu klik dekat E_PINJAMAN (sebelah kiri atas)

masukkan no ic then ada kata laluan. 
Bagi yang tak tahu kata laluan tu just klik forgot password nanti die hantar kat emel.
Lepas dah log in semua nanti, KLIK pada PENYATA BAKI atas sebelah kiri. 
TADAAAA.....!!



Mula-mula tak tahu nak bayar balik PTPTN ni. Habis belajar dah 6bulan tapi tak tahu nak bayar balik camne. Punyalah tunggu surat ape ntah tapi tak sampai-sampai kat rumah. Lastly redah jelah daripada guna duit gaji untuk tujuan lain kang lain pulak ceritanya.

Bagi sesiape yang tak tahu nak bayar balik cemane, klik je kat sini >>http://www.ptptn.gov.my/web/guest/bayaran-balik/kaedah
Kalau dah habis belajar tu belum dapat pekerjaan, mintaklah penangguhan bayaran dalam masa 24bulan. Takkanlah dalam masa 24bulan ni tak boleh nak settlekan 1sen pon. Pergi tengok wayang boleh pulak. Gila kau nak kene blacklist? Tak leh pergi oversea padan muka..huhu  Tapi bagi aku, tak perlu nak tangguh sebab bayaran balik ni boleh buat sikit-sikit. Bayar jelah 50 hengget pon!


Target nak habiskan bayar balik ni dalam 2tahun aje inshaallah..Since takde apa-apa lagi tanggungan, baik settlekan mana yang patut dulu. Nanti boleh kawen awal dan pergi honeymoon kat dream place.hihihi


No comments:

Post a Comment