Alhamdulillah aku masih diberi peluang untuk berpuasa pada Ramadhan kali ni.
Tak sangka cepat masa berlalu, kali ni nikmat berpuasa sebagai tunangan orang. InsyaAllah ada rezki tahun depan berpuasa sebagai isteri orang, tahun depan lagi sebagai mak orang dan seterusnya..Amboiii... advance gituu..
Dan siapa sangka, akhirnya kami dapat mencari sebuah rumah sebagai persediaan selepas kahwin nanti..syukur sangat. So lepas kawen tak payah pening kepala nak cari rumah sewa sebab dah ada rumah sendiri. Rumah ni dijangka siap pada tahun 2016, so sempat la kumpul duit nak beli barang dan perkakas untuk rumah baru. Hopefully takde aral apa-apa supaya cepat dapat duduk kat rumah ni..
Aku yang paling teruja nak menghias rumah sendiri..perempuan mana yang tak teruja weyhh.. opkos, nak hias bilik tidur, ruang tamu, bilik air..dapur..
Semua dah selesai, tinggal nak terima kunci je..time nak sign agreement memang memenatkan jari namun ku gagahi jua sebab nak dapatkan rumah ni..
Alhamdulillah bakal suami berfikiran kedepan. Sebab harga rumah akan dijangka meningkat lagi dalam masa terdekat ni.. kalau tak grab dari sekarang alamatnya menyewa jelah sampai ke anak cicit. Mungkin tahun 2020 nanti kos nak wat reban ayam pon dah memakan puluh ribu.. (mak ai..hyperbola sangat..)
No comments:
Post a Comment