Wednesday, October 30, 2013

Manager meeting


Kalau diberi pilihan, aku memang tak nak pergi meeting ke Bukit Merah ni.
Tak ada mood langsung.. 

Macam-macam dugaan datang. Pikiran memang serabut giler..
Hanya Tuhan je yang tahu. Sebab dia yang beri ujian tu.. bertimpaa-timpa ujian macam jatuh ditimpa elevator..
Tapi aku teruskan jua sebab memang tak ade pilihan. Takde siapa yang akan pergi melainkan aku mewakili outlet aku. So pasrah je pegi
Aktiviti mungkin best tapi semua jadi tak best dah..

Apa pon tak boleh.





Sunday, October 27, 2013

Being apart


Bila mula siries dalam perhubungan, mesti ada dugaan. Adatlah kalau dah bertunang, lagi menimpa-nimpa dugaannya. Be prepare in terms of physically and mentally. So sape yang tak tahan tu, say gud bye awal-awal takot nanti merana pulak. 

So ape yang kita perlu buat adalah bersabar.. minta pertolonganNya. InsyaAllah...Dia maha mendengar dan Dia jugak lah maha memberi. 

Mungkin dugaan tu nak mengajar kita erti sabar, berdikari, berjauhan dan sebagainya.. Yang pastinya, ada hikmah disebalik semua tu. All relationship have problems.It jus all depends if u both are strong enough to get through them...

Thursday, October 17, 2013

HOT-TEMPER in relationship

Dalam family aku, takde sorang pon yang panas baran. 
Tapi masa zaman sekolah, pantang cikgu takde dalam kelas, mula la buat 'meeting' 1meja..
'eh kau suka laki yang macam mana?' Paling banyak jawapan yang diberi adalah lelaki yang beriman! Ok got it! Sape tak nak laki yang beriman? Gila tak nak?! Tapi jawapan aku yang paling pelik sekali dalam semua.. 'aku suka laki yang ego dan panas baran"
Kenapa? entah, aku rasa laki camni macho-macho gitu.. 

Tapi once I had experienced about this kinda guy, memang serik. Menyampah, benci semua timbul dalam hati. Perasaan sayang pon lama-lama melayang.
Memang kau tak boleh tahan lelaki macam ni. 
Kekadang perkara yang remeh pon nak jadi isu. Nak tunjuk panas baran.

Orang panas baran ni mudah melenting, perkara yang remeh contohnya kalau masa dating lambat seminit ke, tak makan ape yang dia beli ke, melawak gurau2 pon die boleh anggap series. Bila dah jadi macam ni, apa yang aku cadangkan adalah berdiam diri sebab bila dia marah, apa yang orang laen cakap dia takkan dengar walaupon dia salah. Sabar je, simpan dalam hati.

Orang yang panas baran ni ada juga yang cepat 'cool' . Apa yang patot buat adalah bagi dia masa. Mungkin dia akan menjerit, menengking dan mengherdik kita atau menghempas pintu dengan kuat ke dan itu nampak sangat annoying bagi aku! Tapi orang jenis ni akan datang balik pada kita dan meminta maaf.


Tapi berhati-hati. Orang yang panas baran ni selalunya akan berkali-kali memohon maaf dan kembali kepada sikapnya yang semulajadi tu!!! Keadaan ni akan berulang sebab mereka tahu kita selalu memaafkan. So kalau dah tak boleh nak handle tu, berundurlah sebelum terlambat. 

Dan kepada yang panas baran tu, ketahuilah bahawa hubungan anda takkan kekal lama jika perkara ni tak dapat di atasi... !

Ia bukan saja merosakkan hubungan tapi boleh membawa penyakit kepada diri sendiri pada masa panjang contohnya ia penyakit darah tinggi sakit jantung, masalah mental dan kemurungan... 



Friday, October 11, 2013

Feeling excited!


Sebenarnya semalam my hub menjemput saya di rumah nak pergi kerja. 
Selepas itu dia pon membuka pintu keretanya untuk turun mengambil beg saya. Saya pon berjalan terus masuk ke dalam kereta.. Tetapi apabila saya membuka pintu kereta, terdapat 3kuntum bunga rose di atas tempat duduk saya. Saya pon terkejut dan terharu dan menangis... ehcewahhh takde maknanya saya mahu menangis. Lalu saya pon memarahi dia kerana membeli bunga itu kerana membuang duit. Duit itu boleh membuat modal untuk mengisi minyak kereta.. Tetapi di dalam hati terharu jugak =p






Cantik sangat bunga ini..
     

                                                                                                                       
Inilah bunga yang diberikan kepada saya selama ini. Maaf kerana sudah melayuinyer.. :(



 

Saya pula menghadiahkan dia kek ini. Saya membuatnya sendiri tetapi kek ini tidak selembab yang diingini seperti sebelum ini. Saya menjadi sedih nye pon adoi....



Saya meneruskan membaluti kek ini dengan coklat di atasnya. 


Lalu memberikanye pon kepadanya 

Sekiannyepon terimakasih adoi nyer