Thursday, October 17, 2013

HOT-TEMPER in relationship

Dalam family aku, takde sorang pon yang panas baran. 
Tapi masa zaman sekolah, pantang cikgu takde dalam kelas, mula la buat 'meeting' 1meja..
'eh kau suka laki yang macam mana?' Paling banyak jawapan yang diberi adalah lelaki yang beriman! Ok got it! Sape tak nak laki yang beriman? Gila tak nak?! Tapi jawapan aku yang paling pelik sekali dalam semua.. 'aku suka laki yang ego dan panas baran"
Kenapa? entah, aku rasa laki camni macho-macho gitu.. 

Tapi once I had experienced about this kinda guy, memang serik. Menyampah, benci semua timbul dalam hati. Perasaan sayang pon lama-lama melayang.
Memang kau tak boleh tahan lelaki macam ni. 
Kekadang perkara yang remeh pon nak jadi isu. Nak tunjuk panas baran.

Orang panas baran ni mudah melenting, perkara yang remeh contohnya kalau masa dating lambat seminit ke, tak makan ape yang dia beli ke, melawak gurau2 pon die boleh anggap series. Bila dah jadi macam ni, apa yang aku cadangkan adalah berdiam diri sebab bila dia marah, apa yang orang laen cakap dia takkan dengar walaupon dia salah. Sabar je, simpan dalam hati.

Orang yang panas baran ni ada juga yang cepat 'cool' . Apa yang patot buat adalah bagi dia masa. Mungkin dia akan menjerit, menengking dan mengherdik kita atau menghempas pintu dengan kuat ke dan itu nampak sangat annoying bagi aku! Tapi orang jenis ni akan datang balik pada kita dan meminta maaf.


Tapi berhati-hati. Orang yang panas baran ni selalunya akan berkali-kali memohon maaf dan kembali kepada sikapnya yang semulajadi tu!!! Keadaan ni akan berulang sebab mereka tahu kita selalu memaafkan. So kalau dah tak boleh nak handle tu, berundurlah sebelum terlambat. 

Dan kepada yang panas baran tu, ketahuilah bahawa hubungan anda takkan kekal lama jika perkara ni tak dapat di atasi... !

Ia bukan saja merosakkan hubungan tapi boleh membawa penyakit kepada diri sendiri pada masa panjang contohnya ia penyakit darah tinggi sakit jantung, masalah mental dan kemurungan... 



No comments:

Post a Comment