Tuesday, December 30, 2014

alfatihah...

Tanggal 28 Dec 2014, telah kembalinya wan kesayangan kami semua menghadap illahi.. Dia menghembuskan nafas terakhirnya pada waktu maghrib.. Dengan tenang, arwah menghembuskan nafas terakhirnya.. Di saat dia tengah nazak, aku berada di tempat kerja..

7.50pm 
Adik aku send msg, wan tgh nazak.. Kebetulan aku bertugas pada waktu malam, nak tak nak aku terpaksa cari jalan untuk balik ke kampung. Hati tak tenang, rasa macam nak masuk pintu doremon terus sampai kampung, alhamdulillah shift manager aku ade lagi time tu. Dia betul2 dah nak balik pukul 8pm.

He said, he will come back at 10pm.. OMG, can God plz give a procrastinate to death??""" Exactly the answer is NO! Air mata aku mula mengalir memikirkan macam mana kalau aku tak sempat nak jumpa.. I took a breath and calm down.. sempat lagi makan bihun tomyam sambil menangis while waiting for shift manager to come back.

8.15pm
Shift manager patah balik.. dia cakap Tasya, u can go back now.. aku pon terkejut kenapa kejap sangat dia ni balik. Dia kata tak jadi balik sebab tak sedap hati. Aku pon stop eating, handover semua dengan dia, adik aku pon msg, wan dah takde... apa lagi,, nangis teresak2 aku kat situ jugak. tak tunggu dah.. then amek bag terus belah..

Forcing my fiance to drive as fast as he can,, as we reach kampung, orang dah ramai.. suasana sangat pilu..Tapi when I look at my late granddad face,, he look so calm.. muka ada senyum..berseri2
Ya Allah. Subhanallah..tak rasa takot pon duduk dekat dengan wan, rasa macam dia masih ada. malam tu masing2 bergilir2 tido untuk baca yasin kat arwah wan.. 
disebalik rasa sedih ni, aku beryukur sebab tuhan lebih sayangkan dia.. aku lagi sedih tengok wan yang tak boleh nak makan, tak boleh nak bangun.. 

Ya Allah kau tempatkanlah arwah dikalangan orang yg beriman, 

Saturday, December 6, 2014

PERSEDIAAN

Cepatnya masa berlalu.. Pejam celik dah 9bulan aku jadi tunangan orang. As time goes by, aku adalah aku..hahaha memangla abeh tu takkan nak jadi beruang pulak kan.. Yelah dah bertunang ni, next step adalah ke gerbang perkahwinan.. sepanjang aku lalui kehidupan sebagai tunangan orang, aku makin tak bersedia nak hadapi alam rumah tangga. Ramai yang berfikiran bahawa perkahwinan itu adalah sesuatu yang menyeronokkan..

Nak tunjuk kat kawan-kawan bakal pasangan peneman hidup kita, nak tunjuk kat adik beradik bahawa kenduri kita grand! Nak duduk dalam busana pengantin dan tunggu orang puji yang kita ni lawa (padahal bila make up macam tepung gomak baru lawa)..... dan yang paling penting tak sabar nak upload kat facebook nak tunjuk kat satu dunia...

Pada aku, kalau aku diberi pilihan, aku tak mau adakan kenduri yang super grand.. Sekadar melaksanakan yang wajib je. Tapi nak wat macammana kalau dah berada di zaman yang serba moden ni.. kalau boleh hantaran nak kereta sebijik! Nak tunjuk kat orang ramai yang laki aku kaya padahal lepas kahwin kau merana bayar hutang sampai cucu cicit...Silap-silap kereta tu kena tarik sebab tak bayar hutang! Ni pada pendapat aku jela.. tapi kalau mak aku yang excited lebih untuk kenduri aku macam mana pulak? terpaksa la ikutkan aje.. Tapi maintain kenduri yang serba kekurangan.. Malas nak lebih2.. penat nak pikir.. ape yang ade je.. so nanti kalau mai kenduri aku yang lebih tu datang daripada Allah. Yang kurang tu daripada aku dan keluarga aku... (hahaha TIBA2 SGT!! )

So kat sini aku nak cakap sebenarnya, apakah perubahan yang kita lakukan pada diri kita? Ada tak kita set target kehidupan kita untuk 10tahun akan datang? takkan nak hidup selamanya macam ni ja sampai bila2? tepuk dada tanya selera.. rezki seseorang tu dari Allah.. Yang penting usaha.. sama2 kita menuju kejayaan
Bismillah.............