Saturday, December 6, 2014

PERSEDIAAN

Cepatnya masa berlalu.. Pejam celik dah 9bulan aku jadi tunangan orang. As time goes by, aku adalah aku..hahaha memangla abeh tu takkan nak jadi beruang pulak kan.. Yelah dah bertunang ni, next step adalah ke gerbang perkahwinan.. sepanjang aku lalui kehidupan sebagai tunangan orang, aku makin tak bersedia nak hadapi alam rumah tangga. Ramai yang berfikiran bahawa perkahwinan itu adalah sesuatu yang menyeronokkan..

Nak tunjuk kat kawan-kawan bakal pasangan peneman hidup kita, nak tunjuk kat adik beradik bahawa kenduri kita grand! Nak duduk dalam busana pengantin dan tunggu orang puji yang kita ni lawa (padahal bila make up macam tepung gomak baru lawa)..... dan yang paling penting tak sabar nak upload kat facebook nak tunjuk kat satu dunia...

Pada aku, kalau aku diberi pilihan, aku tak mau adakan kenduri yang super grand.. Sekadar melaksanakan yang wajib je. Tapi nak wat macammana kalau dah berada di zaman yang serba moden ni.. kalau boleh hantaran nak kereta sebijik! Nak tunjuk kat orang ramai yang laki aku kaya padahal lepas kahwin kau merana bayar hutang sampai cucu cicit...Silap-silap kereta tu kena tarik sebab tak bayar hutang! Ni pada pendapat aku jela.. tapi kalau mak aku yang excited lebih untuk kenduri aku macam mana pulak? terpaksa la ikutkan aje.. Tapi maintain kenduri yang serba kekurangan.. Malas nak lebih2.. penat nak pikir.. ape yang ade je.. so nanti kalau mai kenduri aku yang lebih tu datang daripada Allah. Yang kurang tu daripada aku dan keluarga aku... (hahaha TIBA2 SGT!! )

So kat sini aku nak cakap sebenarnya, apakah perubahan yang kita lakukan pada diri kita? Ada tak kita set target kehidupan kita untuk 10tahun akan datang? takkan nak hidup selamanya macam ni ja sampai bila2? tepuk dada tanya selera.. rezki seseorang tu dari Allah.. Yang penting usaha.. sama2 kita menuju kejayaan
Bismillah.............

No comments:

Post a Comment