Friday, August 24, 2012

Hari raya!


Nahh raya ke-6 baru nak update entry raya. Almaklumlah orang sibuk beraya, kita sibuk bekerja. Tahun ni tak dapat beraya di kampung. Semangat bekerja mengalahkan perdana menteri. Raya pon sibuk nak kerja.. 


So malam pertama, rumah dihiasi dengan lampu warna warni. Yelah, rumah pon nak beraya jugak. Ambik feel sebab raya pertama aku tak dapat beraya.. wuhuuu :'(

Adik aku beli mercun macam nak lawan dengan tentera iraq. Mercun bola saja dah 2kilo. Mercun lemang yang macam nak bom taman bunyinya tu dah cukup pekak bagi aku bila dorang letupkan.






sempat beraya dengan my parent pon dah cukup bagi aku nikmat di pagi raya. kalau dah masuk tengah hari tu dah mengarut.. baju kurung pon akan bertukar jadi tshirt je.. so apa kata pergi kerja...kita enjoy!

suasana di tempat kerja sangat meriah



Masing-masing meroyan tak dapat beraya dengan family....


Beraya dengan ayam kfc je...tu yang jadi cenggini...



Ohhh ada mamarazi pulak ambik gambar aku tengah pilih ayam ni......


haaa... gotcha! 



Beraya dalam tesco jap





Selamat hari raya... maaf ada salah silap tertulis terkutuk terngumpat ke hape...,maaf!

 nk g kerja bye!

No comments:

Post a Comment