Thursday, May 17, 2012

Kursus berhantu

Fuh tajuk macam nak wat filem sambungan hantu Kak limah!
Ok semula..

 
Kursus atau dalam bahasa sekolah dipanggil subjek (bajet graduan sangat) yang aku dan rakan-rakan seangkatan daftar pada sem akhir yang sangat memerah keringat adalah advance numerical analysis atau bahasa melayunya dipanggil lanjutan analisis berangka..... HAH!!! tengok tajuk pon dah nak terkencing!!

 
Jadi kursus ni disyarahkan oleh tak lain tak bukan Profesor yang amat disayangi oleh pelajar matematik komputasi setelah tiga tahun masih mampu tabah berkomunikasi dengannya iaitu Prof Is...... (nama manja) ^_^ Kalau dengan Prof, hidup kami akan mimpi ngeri sepanjang sem sebab ORAL TEST!! Ya... kos matematik ade oral test. Kau ade?? Jadi jangan pandang sebelah mata yang budak matematik hanya pandai mengira yang lain tak reti.




Bertapa (bukan betapa yang duduk sensorang dalam gua tu tapi nak dekat-dekat jugakla sebab tengok ha masing-masing macam dah nak wat baca doa selamat dah berkumpul depan bilik Prof) bersemangatnya kami semua ya. Ada yang datang seawal 7pagi (hyperbola sangat ayat) semata-mata nak wat oral ni, kerja lain dah boleh letak tepi dulu sampai ade yang ponteng kelas sebab nak settle bende ni tapi tak pass! Padan muka aku!



 Muke masing-masing dah macam kucing mintak tulang ikan gara-gara tak pass oral. Tahniah sila cuba lagi! Tapi bukan senang nak mencuba kali kedua sebab seramai 80lebih student math yang beratur menunggu giliran masing-masing! "Sila ambil nombor giliran di kaunter hadapan timekasih!"


Muka ada senyumm.. Masing-masing confident akan lepas oral. Ni baru hari kedua ya.. Keputusanya, sila cuba lagi pada hari esok....


Hah! Hamek beratur menunggu giliran pada hari ketiga dengan muka keletihan mengharapkan sinar harapan dari Prof. Malangnya ada jugak yang direject kali keLIMA!!! Fuh.. Kali ni Prof memang dah tak bertolak ansur! (Eh, pernah ke Prof bertolak ansur?)


Setelah empat hari berkampung di fakulti, akhirnya lepas!! Pergh rasa macam lepas ujian memandu habaq hang!!

No comments:

Post a Comment