Thursday, May 3, 2012

Best friends




Kalau nak dihitung, aku ada sedozen kawan baik di sekolah bermula dari sekolah tadika sehinggalah beberapa sekolah menengah. Mane tak nye, sekolah rendah je dah dua kali aku tukar (SRK Yong Peng dan SRK Bakri Batu Dua Muar) . Sekolah menengah pon dua kali jugak aku tukar (SMK Tinggi Segamat dan SMK Tengku Suleiman Perlis). Dan setiap kali dapat berita aku kena ikut family aku berpindah, setiap kali tu lah aku menangis. Sape tak sedih nak kene tinggal pakwe weh!! Eh silap, tinggal best prend! haha



Tapi yang lagi sedih bila aku tak dapat nak menyimpan memori aku bersama bestprend aku zaman dolu-dolu. Mane tak nye, zaman dulu mana ade ipad, iphone, DSLR nak capture segala memori berlumba lari batten. Yang ada camera yang kene beli kodak. Lepas tu, bila gambar dicuci, masa nak hangkut barang-barang naik lori, pakcik lori dah terbekenan dengan gambar-gambar kenangan aku dengan kawan-kawan. Lepastu die pon ambik buat kenangan. Cehhh!! Yang tinggal hanyalah kenangan.... Tskk T_T




Ni kawan baik aku masa form 5. Syed Mokhtar. Dia dari sekolah Sains Syed Putra and he transfered to sekolah biase with his own reason. Aku mula rapat dengan die sebab aku dipilih masuk debate. Ceh! mase tu speaking pon berterabur. Ada hati nak masuk debate. Ni semua sebab Sir Azleen yang berkenan sangat dengan Cik Pah! Lepastu nak kenenkan aku dengan Syed. Bila dengaq Syed speaking, ketaq lutut cek nak masuk bertanding. Speaking berabuk. But he always thaught me how to speak. Lepastu kami jadi rapat. Semua pertandingan yang Syed masuk, aku kene follow. Aku dianggap macam PA dia. Tolong bawakkan beg die lah. Teachers already knew about us. Bila die nak pergi mana-mana, teachers will asked, tak nak ajak Cik Pah sekali ka? Amboih... Malu I...


See! Whenever he goes, buku mesti ada kat tangan. Otak dah memang bijak, but he never take it for granted. Family aku pon dah kenal dia ni sebab after balik sekolah, dia selalu makan kat rumah aku. Mak aku pulak masak yang sedap-sedap. Kadang2 dia stay sampai petang. Dalam hati aku, "ai dia ni tak reti nak stop study ka, aku nak tengok tv pulak!" hoohoo



Tengok, sampai malam pon dia still tak mau balik rumah. Kira rumah aku, adalah tempat study, sebab blakang rumah aku ni sekolah, so if ada kelas tambahan, terus tak payah nak kalot-kalot. Sometimes, dia study, aku tido. Bila dia tanya, paham ke tak, aku kata paham, padahal tak, tapi sebab malas, aku malas nak layan.. haha Bila SPM result keluar, ambik kau sorang-sorang malu sebab semua cikgu serbu die dapat 10A1.


Ni masa pertandingan debate. Masing-masing muka kepam, disebabkan aku, kumpulan ni kalah! wakaaka.. ada 1session yang aku dah takde idea giler sebab opposition tanya banyak sangat soalan, lepastu aku guna taktik, " can u please clarify ur question?" bila die nak clarify, dengan kuranghajar aku kata "owhh sorry, u r wasting my time!" waakakaka kesian pihak lawan..



Tengok die sekarang, dengan gemilangnya berdiri gah didepan kubu pertahanan Rome! hohohoh... He is now studying at medical institute kat Dublin Ireland.. Alangkah menyesalnye aku tak study betol2.


 Ni pulak Hanani kawan baik aku jugak. Kemana je aku ade, die ade. Banyak kenangan manis payau masin kelat yang pernah kami lanyak bersama.


ohh how I miss my school day!



      Perghh asal muka aku macam kueh paw??!! 


Kawan baik Hanif masa sekolah Tinggi Segamat. Kami agak rapat la jugak. Now die study di UPM! Ni mase aku form 3! masa ni jadi MC perhimpunan setiap Isnin. Berpeluh kami duduk belakang ni tunggu cikgu bagi ucapan 2jam! dengan takde kipas ya rabbi! Sabor je lah setiap Isnin.


Miss my school day!

No comments:

Post a Comment