Tuesday, July 3, 2012

Dugaan

Ingatkan pergi berubat makin pulih, ghopernyer makin menjadi-jadi. Kali ni siap mak dia skali yang terkena! Allahuakbar, dugaan yang sangat berat yang jiran aku tanggung.

(masa ni dia kepanasan pada yang sama dia kesejukan.Mungkin dalam badan dia panas tapi fizikalnya sejuk.Seksa kami melihatnya. Masa ni dia memang taknak balik rumah dia jadi dia tumpang kat rumah aku.Perangai sebenar, dia takkan berani baring kat rumah aku pulak tu tak berbaju macam ni sedangkan ramai je yang memerhatikan dia kat belakang tu)

Sepanjang malam aku dan adik-beradik tak tido nak menemani si dia yang tak boleh tidur. Sebab petanda orang yang kena sihir adalah tak dapat tido walaupon mata terasa mengantuk.Dia stay kat rumah aku sebab dia terasa panas bila berada di rumahnya dan tak boleh bertentangan mata dengan emaknya. Naseb baek la ada live football game pukol 3pagi walaupon aku kadang-kadang terlelap jugak sekejap sebab pergi karaoke malam tu kol 12pg dengan Acu! Bila terjaga, ok fine spain vs Italy dah 4-0! Hamek kau! Sepanjang menemani si dia, macam-macam perangai aneh yang ditunjukkan kepada kami. Subhanallah syaitan laknatullah!
Kami terseksa melihat kesakitan yang dia alami. Macam mengerang kesakitan yang amat sangat. Tapi seketika terasa geram bila melihat perangainya mungkin kerana perwatakan iblis tersebut yg mbuatkan kami berasa marah. Sampai suatu tahap, ditulisnya di atas kertas, "mampos aku sorang-sorang ja nak lawan, hampa kena tolong sama aku bukanya mamak"

(Waktu maghrib)

Ya kami dapat merasa sedikit kesakitan yg kau alami..... kami hanya dapat membaca surah yasin dan surah-surah lain. Aku tahu dia sedang berlawan dengan jin di dalam tubuhnya apabila dipasangnya surah yasin dan ayat alquran dengan kuat. Dan apabila subuh hampir tiba, dia mula menggelisah. "weh, aku tak boley tido, rasa hangat!" Digarunya satu badan, buke baju, pon tak boleh tido. Subhanallah....

Pada pukul 8.30 pagi, aku pergi melawat ibunya, fine! TAKOT! Aku memang takleh buat eye contact langsung dengan mak dia. Seraammmnieyyhh! Pastu mak dia duduk kat satu sudut, diputar-putarkan tayar kereta control anak dia. Dia ambil kopiah anak dia, dan disarungkan ke kepalanya! Ya Allah, perangai kebudak-budakan. Sedih habaq hang!!

Paling menyayat hati, bila asar tiba. Pukul 3ptg ada sorang ustaz mane ntah datang merawat,sebelum tu, abangya bagitahu, adik dia nak ke masjid, then abang dia bawak sembahyang di depan mimbar. Dia terus terbaring, sambil memegang dada mengerang kesakitan dan berkata "apa salah aku? Ada orang buat kat aku ni, ada benda menumpang kat badan aku. Tangan aku bau tanah. Dorang guna tanah kubur ni.." Then abang dia bawak dia balik, dalam kereta, adik dia pasang surah yasin, dia kata "tutup la weh, badan aku panas, aku tak larat nak lawan dah ni" Ustaz tu ade la baca surah2 then rawat sikit-sikit sebab dia kata, mereka ada 3 peringkat. Dia bahagian untuk pulihkan (peringkat ketiga)



Nampak tak kesan merah-merah kat badan dia? Aku tak tau samaada kesan daripada minyak tahajud yang kami sapu atau kesan ustaz yang merawat dia sebelum ustaz Mie, sebab ustaz tu siap guna pisau nak merawat dia, makin teruk aku nampak. 



 

(waktu ni kami semua menangis)


Lepas ustaz tu balik je, aku nampak dia makin teruk. Muntah-muntah, tak boleh nak cakap. Ayah dia ajar mengucap, dia tak boleh nak sebut. Sangat seksa untuk dia mengucap sampai keluar air mata. Then kami suruh dia baring, sebab dia langsung tak boleh duduk. Jadi lembik macam takde tulang. Bila baring, badan dia menggigil..Saat tu semua menangis kecuali mak dia sebab mak dia pon ada benda halus dalam badan. Mak dia hanya melihat kami menangis. Saat ayah dia memberitahu mak dia "marilah tengok, belai anak ni, dia dah sakit teruk ni" Dalam fikiran aku memang aku rasa dia dah tak lama. Kami semua suruh dia mengucap, suruh dia kuat, tunggu ustaz datang berubat lepas maghrib. Bila lepas waktu asar, baru nampak dia lega sikit.

Waktu tu xde sape yang datang sebab tak sempat nak bagitahu sape2.. Cuma family aku dan dia. Bengkak jugak la mata aku menangis. Huhu masa tu semua dah tak malu, memang nangis je. Bila kami tanya, " nak baring tak?, nak milo tak" dia cakap "baring tu apa, milo tu apa" Ya Allah...seksanya.. Yang paling sedih bila dia tak ingat some of us..

Lepas maghrib, ustaz pon tiba. Kami semua puas hati dengan cara rawatan ustaz Mie dan rakan-rakan. Nampak ketara sangat, daripada dia terbaring, lepas ustaz Mie rawat dia n wat solat sunat kat situ, terus dia boleh bangun berjalan dan nampak fresh.. Alhamdulillah. Tapi ustaz Mie kata sihir ni nak jadi cepat, nak pulih lambat. Sedangkan nabi Musa, kalau tak silap aku, mengambil masa berpuloh2 tahun untuk sembuh dari sihir.


Yang aku tahu, family dia ni sangat baik, tak pernah dengki kat orang, aku internship pon, dia yg tolong recommend. Tapi saudara dia sendiri sanggup buat camni kerana harta. Dunia-dunia... Jadi siapa-siapa yang baca blog aku, sama-sama doakan mereka cepat sembuh.


No comments:

Post a Comment