Sebenarnya aku dah lama perasan sikap jiran aku ni laen macam. Nak jadikan cerita, ada staff celcom call aku suruh aku bayar tunggakan bil RM 164.30 yang dah terminated 3years ago! Celcom ni pon mangkok ayun! Dah 3tahun baru nak gelabah suruh bayaq! Haih angin gak aku pon! Ok kembali ke cerita asal. Lepastu aku pon pergi tanya kat celcom centre. Bombangbombang, depa suruh aku buat report polis & suruh isi boring complain. Kat dalam borang tu nak 2ahli keluarga dan rakan. Aku suruh la jiran aku isi.
(Hari pertama yang aku perasan sikap dia pelik,)
Nama : SI POLAN BIN SI POLAN
Alamat : SAYA TAK TAU LA AWAK
No. phone : AKU MANA ADA PHONE! Blablabla…..
Aku pon sekali lagi angin, then aku marah la kat dia, “ hang ingat ni benda main-main ka? Aku nak buat report polis hg tau x! Isi la betoi2”
Hari kedua, dia mintak aku filem Hindu nak tengok! Fine! Lepas tu selalu cakap lucah padahal sikap dia yang sebenar, dia seorang yang sopan santun dan marah bila orang laen cakap lucah. Ok noted! Hari berikutnya, dia masuk rumah aku dengan selamba menuju terusss ke dapur. Padahal sikap dia yang sebenar, dia sangat pemalu dengan mak dan ayah aku lagi-lagi kalau mak dan ayah aku ada kat rumah. Nak ajak dia masuk rumah pon payah.
Dan bila mak aku cerita yang dia tak sihat, baru aku faham. Lepastu pulak ayah dia cakap, tu bukan diri dia. Ok fine! Semalam, perangai dia makin aneh. Dia keluarkan kereta control dia yang beberapa tahun lepas, nak maen, tapi takda bateri. Dia mintak aku bateri, aku kata tak ada. Dia ajak aku teman pergi tesco nak beli bateri. OK aku takot! Aku pon pergi rumah dia, nak bagitahu adik dia. Adik dia melarang dia ke tesco sensorang takot nanti jadi apa2 sebab dia kan tak sihat dan dia sebenarnya tak tahu apa yang dia lakukan.
Masa nak pergi tesco,dia nak pakai helmet adik dia (perempuan). Pelik! Lepas dia balik, dia beli air 3botol dan bateri. Bateri pon dia pasang tak betol. Kesian aku tengok. Pastu dia cakap panas, dia buka baju, dia baring, pejam mata, tangan dia menggigil. Kami semua memerhatikan gelagat dia sebab kami tahu itu bukan diri dia. Dia takkan buka baju depan aku kot!! Adik dia tanya “ramai tak orang kat tesco” dia kata “ramai..India ada…” OK! Then abang dia ajak baca ayat kursi. Dia ikut abang dia baca, tapi bila abang dia berhenti baca, dia tak boleh teruskan. Aku tahu, benda tu hanya mengikut apa yang dibaca supaya tiada sesiapa syak yang dia adalah jin.
Lepastu, dia mengelak untuk baca ayat kursi dan berkata “kejap la weh aku penat ar baca!” Dia pegang model kapal terbang yang ada atas tv dan berkata “weh syarikat ni INDIA punya ka?” ok we noted! Dat isn’t you. Sebelum tu, adik dia ada bagitahu, ikan puyu yang dibelanya telah mati beberapa hari lepas dengan keadaan tegak (kepala dia atas, ekor di bawah). Lepas abang dia suruh baca surah tu dia berkata, "wei ingat aku tak tau baca ka? Aku agama Islam. Kalau aku mati pon aku mati syahid!" *PANGGGG~~~ kami semua terpukul dengan killing statement dia tu, tiba2 cakap pasal mati syahid* Sebenarnya,hadith nabi ada berkata bahawa "jika seseorang itu mati kerana sihir, dosanya akan ditanggung oleh orang yang menyihirkan itu." Faham tak?
Then dia keluar rumah, ok penat jugak sebenarnya nak jadi babysitter orang dewasa ni! Kami pon ikut dia, kebetulan ayah aku bela ikan puyu. Dia terus menuju ke aquarium dan melihat ikan2 tu. Amazing moment when all the fish get active suddenly bila dia hanya tengok ikan tersebut dan duri ikan puyu semuanya terpacak!! Wow! Then he started to talk ridiculous. ANDDDD ada lori yang berhenti depan rumah jiran aku, dia terus bangun dan berkata “weh dia mai ah!!” kami semua lari mendapatkannya, rupanya yang bawa lori tu adalah India. Dia macam ada sesuatu yang tak puas hati dengan kaum India. Yang hairan, dia nak pukul India yang tak bersalah dan tak tahu apa-apa. Ok dat is so not him! Sikapnya yang sebenarnya tidak suka bergaduh dengan orang lain. Nasib baik kami semua menghalang dan menariknya ke dalam rumah.Kalau tak India tadi dah selamat kena tumbuk.
Malam tadi sebenarnya mereka telah pergi berubat secara traditional di rumah ustaz Shakir. Sebelum tu, ada kejadian yang berlaku. Ibu mereka makan secara gelojoh segelojohnya! Macam orang kebulur. Ayah mereka tidak mampu berfikir dan menyatakan ingin memanggil seorang ustaz kerumahnya tetapi ibunya berkata dengan suara yang amat pelik “JANGAN PANGGIL SAPA2, AKU TAK MAU SAPA2 MAI” Jiran aku yang sakit ni secara tidak sedarkan diri, mungkin, telah mengambil telekung dan membidas ibunya dengan membaca surah ape ntah dan berkata “ALLAHUAKBAR, KAU KELUAR!!” dan kemudiannya tergamam! Ibunya menangis. Pada firasat aku, mungkin benda tu tahu yang dia akan dibawa ke rumah ustaz dan dia telah keluar dari badan orang yang ingin diubati dan masuk ke dalam jasad ibunya yang tidak mahu pergi ke rumah ustaz.
Sebenarnya lagi 2minggu jiran aku ni ingin menunaikan umrah, mungkin dugaan ini diberikan kepada mereka kerana jin memang tidak sukakan umat nabi melakukan kebaikan. Pada masa yang sama, jiran aku ni dipercayai telah disihir oleh saudara terdekat iaitu adik kandung neneknya sendiri kerana merebutkan tanah pusaka. SUBHANALLAH..sama-sama kita doakan mereka cepat pulih.
No comments:
Post a Comment