Tajuk nak mintak pelempang ke hape? Sebenarnya harini aku dengan secara bidan terjun telah terjun bangunan empat tingkat....ok tipu. Aku pon tak tahu macammane aku boley terjebak dengan gejala macam ni! Semalam tiba-tiba Echa ajak aku masuk Explorace kempen anti-rasuah. Sory to say lah aku memang tak minat acara-acara lari 100meter pecut ni.. So bila Echa cakap "weh esok si bla bla ajak aku masuk explorace......bla..bla.." aku pon macam, ok lantak kau lah situ.. pastu die sambung "ade sijil peringkat kebangsaan..." aku pon, HAPEE?? SIJIL PERINGKAT KEBANGSAAN? Ok aku nak masuk! Haa dari situ la aku termasuk explorace ni memangdangkan sijil-sijil yang aku ada semua macam hidup segan nak bakar tak sampai hati.
Masa ni baru nak menuju ke starting point. Tapi tengok Shapiq dah penat..adoi
Nama group kami adalah "corrupt group". Nama group pon dah menunjukkan kemusnahan group itu sendiri. Depa ni memang sesuatu sangat!
Ya, dari kiri cepat jalan! Masa ni dah start acara. Bersemangat ok si Echa and Doly padahal last-last depa tertinggai kat belakang!Dah kenapa pulak aku tengok si Echa dengan Doly ni macam kerdil kat situ. ok DIAM! Si Shapiq lagi pulak, "hoi Shafiq, ko lari ke joging??" olololoo comey je Capit ni lari
Checkpoint ni nama dia "radioburuktakguna!" Kami kena hafal fakta tentang rasuah yang diorang bagi yang macam karangan SPM tu dalam masa 3minit. Jenuh nak menghafal. Lepastu, dah la kena cari orang yang nak meludahkan segala hafalan kami tu satu hal, tingkat 3 plak tu. Memang satu ayat pon kalau depa bagi takleyh hingat macam ni.Yela, otak tak boleh kolaberasi dengan baik sebab nak ingat ayat 1 hal, nak mencari cekpoint lagi satu hal. So alamatnye, denda lah jalan terbaik. Kami kene lakonkan iklan macam pembaca berita tentang rasuah, malangnya aku dengan Capit yang kene jadi pemberita. Memang syabas untuk kami berdua! Thank you lah Capit sebab jadi pembaca berita yang hebat, keje aku gelakkan ko je!
Checkpoint ni yang last skali sebenarnya, kene menyanyi dan lakonkan macam dalam video klip Alyah Kisah Hati la kan. Memang sesuatu sangat kat situ! Diorang ingat kami boleh nyanyi dengan baik padahal sekali melalak Ya Allah macam soprano katak panggil ujan daa.. Tiba-tiba cuaca terus mendung ok, tak tipu!
Masa ni tengah hamek feeling nak melakonkan video klip tu. Masing-masing taknak buat. Malu weyh mane taknye, suara soprano katak panggil hujan, dah tu pulak takde bakat langsung macam menyanyi kat funfair padahal orang yang menyanyi kat funfair pon boleh gelakkan kau kalau tengok kau nyanyi.ok Peace!
Ya selepas larian pecut 100meter (padahal berjogging pon tak) berpeluh ketiak basah rambut terkeluar dari tudung sememeh, maka marilah kita bergambar dulu kawan-kawan. Orang kata kalau dah berjalan jauh maka kita dah membakar lemak yang ade tapi bila diri sendiri menatapi gambar ni, "hoi kenapa perut aku berlapis extra vaganza kat situ?" Deym! okbai