Monday, September 17, 2012

Wedding reception


Hellow!
Its been a long long time since I last update my entry yoo!
and now im up to wat Ive done recently...



Guess wat?



Im married!!!! 




hahaha.. if im married, im not wearing this kind of baju kurung la.... hellow!!



My bestfriend's sister wedding at Jitra Kedah
the theme is not bad. beautiful 




The wedding was held in Dewan Kubang Pasu Jitra..




We are lucky coz at time we arrived, the bride n the groom reach there 10min after that. 
So we don't have to stay longer than we thought bcoz I have to rush to work after that! haha...!!



Wow! She's so gorgeous! I adore her dress!! and the bunch of flower that she hold... nice



someone please take me ride one of this bike!! 



sweet couple! Aww

Thursday, August 30, 2012

Duit raya


Tak sia-sia kerja KFC time raya. Ni la ganjaranya..tak sabar nak tunggu gaji pulak.. triple ok! Awww! 





Friday, August 24, 2012

Hari raya!


Nahh raya ke-6 baru nak update entry raya. Almaklumlah orang sibuk beraya, kita sibuk bekerja. Tahun ni tak dapat beraya di kampung. Semangat bekerja mengalahkan perdana menteri. Raya pon sibuk nak kerja.. 


So malam pertama, rumah dihiasi dengan lampu warna warni. Yelah, rumah pon nak beraya jugak. Ambik feel sebab raya pertama aku tak dapat beraya.. wuhuuu :'(

Adik aku beli mercun macam nak lawan dengan tentera iraq. Mercun bola saja dah 2kilo. Mercun lemang yang macam nak bom taman bunyinya tu dah cukup pekak bagi aku bila dorang letupkan.






sempat beraya dengan my parent pon dah cukup bagi aku nikmat di pagi raya. kalau dah masuk tengah hari tu dah mengarut.. baju kurung pon akan bertukar jadi tshirt je.. so apa kata pergi kerja...kita enjoy!

suasana di tempat kerja sangat meriah



Masing-masing meroyan tak dapat beraya dengan family....


Beraya dengan ayam kfc je...tu yang jadi cenggini...



Ohhh ada mamarazi pulak ambik gambar aku tengah pilih ayam ni......


haaa... gotcha! 



Beraya dalam tesco jap





Selamat hari raya... maaf ada salah silap tertulis terkutuk terngumpat ke hape...,maaf!

 nk g kerja bye!

Friday, August 17, 2012

Bahang raya!

Assalamualaikum

Jadi tinggal 2hari kita umat Islam nak menyambut kedatangan Syawal yang mulia. Puasa tahun ni sumpah memang tak terasa pejam celik pejam pelik tiba-tiba dah nak raya! Nafsu masa berbuka pon memang takde seKingkong tahun lepas. Nasi sesenduk je, kadang-kadang tak makan nasi.. makan fast food je.. uhuukkkk~

So bila bercerita tentang perasaan nak raya... Wow tahun ni rasa lain.. kelainan tu sebab bersebab..haaa nampak tak? Sebabnye tahun ni boleh bergaya dengan baju raya. Berbanding tahun lepas, pakai baju raya duduk rumah, tengah hari dah tukar baju tshirt. Sebab raya first memang dok rumah jer. Jadi rugi wat baju raya tapi duduk dalam rumah. Kalau kecik-kecik dulu boleh buat muka tak malu pergi rumah orang tak kenal mintak duit raya. Now dah besar.. 


Last day pergi iftar kat hostel perempuan. Macam-macam makanan ade. Satey, lemang, nasi himpit, bihun, laksa, ABC, ayam golek ayam terbang.. burrppp.. tengok je dah kenyang. Tapi yang satey dalam pinggan ni bukan aku yang lahap.. budak-budak ni yang hamek. 


Liyana & kak Khad.

with my bestfriend.



 Sumaiyah


So bila raya dah nak dekat, being parent memang kena bertungkus lumus siapkan persiapan raya. Lucky my mom n dad boleh buat ketupat!




So sebelum terlambat, Selamat menyambut hari raya kepada semua.. 
Maafkan segala salah dan silap saya sepanjang menulis blog ni... ade yang terasa ke ape ke.. maklumla manusia tak lari dari kesilapan.. 


Sunday, August 12, 2012

Why am I single?


Last time I swore that I won't blog about love or something related to it. But this time I cannot endure this feeling to write about it..

"Tasya takkan takde boyfie? mengaji tinggi, ade rupa..blablabla..." 

Bukan sorang je yang tanya aku camni, tapi setiap orang yang aku kenal, tak kira la kawan mak, kawan Lid sampai la orang yang baru nak kenal aku. Lepastu buat tak caya aku takde boy! Woi tolongla percaya yang aku ni single! Ayat atas tu bukan buat aku bangga tapi kadang2 rasa terhina doh! Yelah, umur dah 22tahun still single? sape nak percaya.. Tapi tolongla percaya.

Aku bukan taknak ade yang special tapi sape yang kenal aku akan tahu perangai aku. I kinda choosy, cepat bosan dengan seseorang, suke mainkan perasaan orang (Last time I did but not now sebab dah dapat balasan lepastu dah serik). Anddddd one of the most reason dat could be the strong reason why I choose to be single is dat people around me yang berkapel sampai 2 - 3 tahun, even more than that, end up with breakup! Wat a life man??! U r juz wasting ur time n money! Bercinta bagai nak rak, at last u r making the relationship worse even taknak bertentang mata lagi dah, lepastu yang lagi teruk, sebut nama pon tak boleh.. U see!?
Lepastu mula la nak update kat facebook bagai..

Lepastu KEBANYAKKAN lelaki ni just nak test market je. Masa belum dapat, "if I were ur boyfriend, I'll never let u go" Puiiihhhhhh..... lelaki ni, bila dah dapat, ibarat habis madu sepah dibuang, kannnn? Kadang-kadang menyampah dengan lelaki tapi tak boleh nak menyampah sangat sebab ayah aku pon laki.. tokwan aku pon laki..

Tapi bukan nak salahkan lelaki jer sebab perempuan pon kadang-kadang ade salahnya jugak. Cepat cemburu...tak percaya kat laki.. macam aku! Yelah.. dah laki ni pantang tengok dahi berkilat sikit mula nak menggatal. So acano pempuan nak cayo kat hangpa? So pempuan ni pon kenela ada rasa syak wasangka.. Mungkin sebab tu jugak laki ni tak tahan. Tulaaa sapa suruh hangpa gatai sangat! Cuba la jadi lelaki yang tengok ppuan macam xde nafsu.. kan lagi baik.. tapi tak kata la jugak kat hangpa, sedangkan lembu pon ada nafsu.. adoi.. ntah ape2 aku merepek..Lapaq kerepek aih posa-posa nih.. k lah.. tak mandi lagi.. chaw cincau lapaq cendoi!

Friday, August 10, 2012

We are getting close


Wow! How time flies?! Didn't realize we are getting close to raya very soon! So many things happen in my life but I juz dont have time to blog and by the time I get round to it, it's old news already and I can't be bothered anymore! haha Thank God Ive done for my baju raya despite been busy working.

Cakap pasal kerja.. ehemm I don't have much to say about it. I just wanted to have an experience. Many said, that work is not suit for me as I have a degree. Well, my principe is a thousand miles begin with the first step. Lets fills the time with making money..not goyang kaki.

By the time, I feel like working is fun. Making money, making friends and all.. Takdelah boring sangat. Atleast ada kerja. Staff pon semua ok even mulut laser. Manager & assistant pon... ehemm... k fine!

Thursday, July 26, 2012

Salam Ramadhan Al-Mubarak!


Assalamualaikum

Sedaq tak sedaq dah 6hari kita berpuasa! Cepat betol masa berlalu. Tiba-tiba esok dah raya! hoho ok tipu.. Intai-intai blog orang laen, ramai yang update Ramadhan dan aku hanya berkesempatan update pada hari ke -6. 


Jadi ramadhan tahun ni kami sangat bersederhana.  4orang je kat rumah.. Awin sempat berbuka bersama pada hari pertama kedua dan ketiga. Masak pon ala kadar since boleh makan. Selera aku kali ni tak lah kingkong sangat. So makan nasi pon memang tak tambah! wahh hebat tak aku? hehehe tapi cover dengan makanan sampingan ah. mertabak, cucuq udang, laksa.emmppphh!! 



Kalau berpuasa, aku memang takleh duduk diam-diam kat rumah. Rasa jarum jam macam tak bergerak. Seksa betul nak tunggu waktu berbuka. Jadi aku tak patot dok diam-diam kat rumah!


 simple menu untuk 4orang



heavy menu berbuka untuk 9orang
Buka puasa kalau ramai-ramai memang best. Tambah nasi 3kali pon tak sedar.wuhuu




Salam Ramadhan semua!



Friday, July 20, 2012

Taichi Gong Legenda Heights



As usual I'll start my day with my parent to go for a jog around neighborhood's jogging track as mom join a Tai Qi club. Despite all members are veteran, but they are all kind and very the 1-Malaysia citizen! Tak sah kalau takde makan-makan after exercise.. Dah macam mana aku nak kurus kalau cam tu?  Layan ~


Curi Durian kat jiran
.

 
 Nah.. makan jangan tak makan!! Sponsored by neighbor




Look at mom doing her Tai Qi.. wakakaka



Berebuttttt macam takde hari esok untuk makan! Chinese yg lebih! 



Unfortunately this fruit is not my favorite! But lucky me no need to berebut for this one!


Macam picnic kat tepi rumah!!hahaha 


Dad with his bestfriend!

Can't help but to join em everyday to jog then makan-makan. I respect all my mom's and dad's friends because they are all very kind...

Friday, July 6, 2012

Karak's highway


Last nite ustaz Mie dan rakan datang untuk berubat dan solat sunat hajat di rumah jiranku untuk kesekian kalinya. Yess perbuatan sihir bukan mudah untuk dipulihkan. It might take couple of years to recovered..

Sementara menunggu kedatangan ustaz Mie, macam-macam perkara aneh yang berlaku.
Aku sebenarnya malas nak percaya sangat benda ni. Tapi bila ia betul-betul berlaku depan mata, benda ghaib mana yang harusku dustakan?? Ia memang berlaku dan wujud..


Sebelum waktu asar, aku, mak dan maknjang ke gerai pisang goreng. Sepulangnya (ayat nak sastera) kami melintasi track jogging di taman perumahanku. Kucing hitam yang sedang melintasi jalan dari arah jauh (track jogging) berhenti melihat tepat mata maknjang aku (ni maknjang aku la bagitau). Maknjang aku ni mulut memang tahap insuran nombor tiga, terus cakap, "weh tu bukan kucing biasa!" Yaa kawan-kawan, kalau jumpa benda aneh masa dalam perjalan, silakan anda untuk menegur benda aneh tersebut untuk membuatkan 'ia menumpang' kita....benda ni bukan wujud tengah malam je..ok!

Setibanya di rumah, harum semerbak Ya Allah.. bau masam, busuk.. mungkin tahi kucing!!! Tapi dari mana datangnya kucing setelah jiran ku tidak lagi membela kucing-kucingnya? Cepat-cepat masuk rumah, hidangkan pisang goreng. TIBA-TIBA meja makan bulat (yang kalau 3orang angkat pon belum tentu bergerak) berpusing!!! Ok fine!

Pada masa yang sama, jiran aku sedang mengemas rumah, dari ekor anak mata, dia ternampak lembaga hitam melintas menuju ke bilik air!!

Ok, panjang pulak mukadimah aku ni sampai 5perenggan.. Sebenarnya nak share about Karak highway. Ustaz Mie datang last nite, dia cakap dia akan ubah laluan makhluk halus kat rumah jiran aku ni inshaallah boleh. Tapi kalau kat Karak highway tu die memang surrender (angkat dua-dua belah tangan) Masa shooting filem Karak, beberapa ustaz dipanggil termasuk ustaz Mie untuk mengubah laluan jin, ada seorang ustaz ni meninggal dunia masa dalam perjalanan untuk pergi mengubah laluan makhluk halus tersebut. Kemudian ustaz Mie dipanggil untuk mengubah laluan, awal-awal dia kata dia tak boleh bermaksud memang dia tak mampu sebab terlalu keras laluan highway karak tersebut. Jadi kalau benda halus ni dah sebati dengan tempat tu, susah dah nak ubah laluan die. Thank God masih tak terlambat untuk mengubah laluan jin kat sini. Kalau tak, rumah aku pon jadi laluan die!

Semasa solat hajat, ustaz Mie nampak makhluk halus ni muka dia memang dah teruk sangat, buruk, darah-darah.. Na'uzubillah!!! Masa ustaz Mie menabur garam, my mom nampak benda tu dengan muka bertanah dan berdarah lari tak cukup tanah keluar dari rumah jiran aku lintang pukang puachukang! Mak aku ni lemah semangat, nak jugak duduk kat rumah tu, hampir nak pengsan bila nampak makhluk tu!

Tuesday, July 3, 2012

Dugaan

Ingatkan pergi berubat makin pulih, ghopernyer makin menjadi-jadi. Kali ni siap mak dia skali yang terkena! Allahuakbar, dugaan yang sangat berat yang jiran aku tanggung.

(masa ni dia kepanasan pada yang sama dia kesejukan.Mungkin dalam badan dia panas tapi fizikalnya sejuk.Seksa kami melihatnya. Masa ni dia memang taknak balik rumah dia jadi dia tumpang kat rumah aku.Perangai sebenar, dia takkan berani baring kat rumah aku pulak tu tak berbaju macam ni sedangkan ramai je yang memerhatikan dia kat belakang tu)

Sepanjang malam aku dan adik-beradik tak tido nak menemani si dia yang tak boleh tidur. Sebab petanda orang yang kena sihir adalah tak dapat tido walaupon mata terasa mengantuk.Dia stay kat rumah aku sebab dia terasa panas bila berada di rumahnya dan tak boleh bertentangan mata dengan emaknya. Naseb baek la ada live football game pukol 3pagi walaupon aku kadang-kadang terlelap jugak sekejap sebab pergi karaoke malam tu kol 12pg dengan Acu! Bila terjaga, ok fine spain vs Italy dah 4-0! Hamek kau! Sepanjang menemani si dia, macam-macam perangai aneh yang ditunjukkan kepada kami. Subhanallah syaitan laknatullah!
Kami terseksa melihat kesakitan yang dia alami. Macam mengerang kesakitan yang amat sangat. Tapi seketika terasa geram bila melihat perangainya mungkin kerana perwatakan iblis tersebut yg mbuatkan kami berasa marah. Sampai suatu tahap, ditulisnya di atas kertas, "mampos aku sorang-sorang ja nak lawan, hampa kena tolong sama aku bukanya mamak"

(Waktu maghrib)

Ya kami dapat merasa sedikit kesakitan yg kau alami..... kami hanya dapat membaca surah yasin dan surah-surah lain. Aku tahu dia sedang berlawan dengan jin di dalam tubuhnya apabila dipasangnya surah yasin dan ayat alquran dengan kuat. Dan apabila subuh hampir tiba, dia mula menggelisah. "weh, aku tak boley tido, rasa hangat!" Digarunya satu badan, buke baju, pon tak boleh tido. Subhanallah....

Pada pukul 8.30 pagi, aku pergi melawat ibunya, fine! TAKOT! Aku memang takleh buat eye contact langsung dengan mak dia. Seraammmnieyyhh! Pastu mak dia duduk kat satu sudut, diputar-putarkan tayar kereta control anak dia. Dia ambil kopiah anak dia, dan disarungkan ke kepalanya! Ya Allah, perangai kebudak-budakan. Sedih habaq hang!!

Paling menyayat hati, bila asar tiba. Pukul 3ptg ada sorang ustaz mane ntah datang merawat,sebelum tu, abangya bagitahu, adik dia nak ke masjid, then abang dia bawak sembahyang di depan mimbar. Dia terus terbaring, sambil memegang dada mengerang kesakitan dan berkata "apa salah aku? Ada orang buat kat aku ni, ada benda menumpang kat badan aku. Tangan aku bau tanah. Dorang guna tanah kubur ni.." Then abang dia bawak dia balik, dalam kereta, adik dia pasang surah yasin, dia kata "tutup la weh, badan aku panas, aku tak larat nak lawan dah ni" Ustaz tu ade la baca surah2 then rawat sikit-sikit sebab dia kata, mereka ada 3 peringkat. Dia bahagian untuk pulihkan (peringkat ketiga)



Nampak tak kesan merah-merah kat badan dia? Aku tak tau samaada kesan daripada minyak tahajud yang kami sapu atau kesan ustaz yang merawat dia sebelum ustaz Mie, sebab ustaz tu siap guna pisau nak merawat dia, makin teruk aku nampak. 



 

(waktu ni kami semua menangis)


Lepas ustaz tu balik je, aku nampak dia makin teruk. Muntah-muntah, tak boleh nak cakap. Ayah dia ajar mengucap, dia tak boleh nak sebut. Sangat seksa untuk dia mengucap sampai keluar air mata. Then kami suruh dia baring, sebab dia langsung tak boleh duduk. Jadi lembik macam takde tulang. Bila baring, badan dia menggigil..Saat tu semua menangis kecuali mak dia sebab mak dia pon ada benda halus dalam badan. Mak dia hanya melihat kami menangis. Saat ayah dia memberitahu mak dia "marilah tengok, belai anak ni, dia dah sakit teruk ni" Dalam fikiran aku memang aku rasa dia dah tak lama. Kami semua suruh dia mengucap, suruh dia kuat, tunggu ustaz datang berubat lepas maghrib. Bila lepas waktu asar, baru nampak dia lega sikit.

Waktu tu xde sape yang datang sebab tak sempat nak bagitahu sape2.. Cuma family aku dan dia. Bengkak jugak la mata aku menangis. Huhu masa tu semua dah tak malu, memang nangis je. Bila kami tanya, " nak baring tak?, nak milo tak" dia cakap "baring tu apa, milo tu apa" Ya Allah...seksanya.. Yang paling sedih bila dia tak ingat some of us..

Lepas maghrib, ustaz pon tiba. Kami semua puas hati dengan cara rawatan ustaz Mie dan rakan-rakan. Nampak ketara sangat, daripada dia terbaring, lepas ustaz Mie rawat dia n wat solat sunat kat situ, terus dia boleh bangun berjalan dan nampak fresh.. Alhamdulillah. Tapi ustaz Mie kata sihir ni nak jadi cepat, nak pulih lambat. Sedangkan nabi Musa, kalau tak silap aku, mengambil masa berpuloh2 tahun untuk sembuh dari sihir.


Yang aku tahu, family dia ni sangat baik, tak pernah dengki kat orang, aku internship pon, dia yg tolong recommend. Tapi saudara dia sendiri sanggup buat camni kerana harta. Dunia-dunia... Jadi siapa-siapa yang baca blog aku, sama-sama doakan mereka cepat sembuh.


Sunday, July 1, 2012

Sihir

Sebenarnya aku dah lama perasan sikap jiran aku ni laen macam. Nak jadikan cerita, ada staff celcom call aku suruh aku bayar tunggakan bil RM 164.30 yang dah terminated 3years ago! Celcom ni pon mangkok ayun! Dah 3tahun baru nak gelabah suruh bayaq! Haih angin gak aku pon! Ok kembali ke cerita asal. Lepastu aku pon pergi tanya kat celcom centre. Bombangbombang, depa suruh aku buat report polis & suruh isi boring complain. Kat dalam borang tu nak 2ahli keluarga dan rakan. Aku suruh la jiran aku isi.

(Hari pertama yang aku perasan sikap dia pelik,)

Nama : SI POLAN BIN SI POLAN
Alamat : SAYA TAK TAU LA AWAK
No. phone : AKU MANA ADA PHONE! Blablabla…..

Aku pon sekali lagi angin, then aku marah la kat dia, “ hang ingat ni benda main-main ka? Aku nak buat report polis hg tau x! Isi la betoi2”

Hari kedua, dia mintak aku filem Hindu nak tengok! Fine! Lepas tu selalu cakap lucah padahal sikap dia yang sebenar, dia seorang yang sopan santun dan marah bila orang laen cakap lucah. Ok noted! Hari berikutnya, dia masuk rumah aku dengan selamba menuju terusss ke dapur. Padahal sikap dia yang sebenar, dia sangat pemalu dengan mak dan ayah aku lagi-lagi kalau mak dan ayah aku ada kat rumah. Nak ajak dia masuk rumah pon payah.



Dan bila mak aku cerita yang dia tak sihat, baru aku faham. Lepastu pulak ayah dia cakap, tu bukan diri dia. Ok fine! Semalam, perangai dia makin aneh. Dia keluarkan kereta control dia yang beberapa tahun lepas, nak maen, tapi takda bateri. Dia mintak aku bateri, aku kata tak ada. Dia ajak aku teman pergi tesco nak beli bateri. OK aku takot! Aku pon pergi rumah dia, nak bagitahu adik dia. Adik dia melarang dia ke tesco sensorang takot nanti jadi apa2 sebab dia kan tak sihat dan dia sebenarnya tak tahu apa yang dia lakukan.



Masa nak pergi tesco,dia nak pakai helmet adik dia (perempuan). Pelik! Lepas dia balik, dia beli air 3botol dan bateri. Bateri pon dia pasang tak betol. Kesian aku tengok. Pastu dia cakap panas, dia buka baju, dia baring, pejam mata, tangan dia menggigil. Kami semua memerhatikan gelagat dia sebab kami tahu itu bukan diri dia. Dia takkan buka baju depan aku kot!! Adik dia tanya “ramai tak orang kat tesco” dia kata “ramai..India ada…” OK! Then abang dia ajak baca ayat kursi. Dia ikut abang dia baca, tapi bila abang dia berhenti baca, dia tak boleh teruskan. Aku tahu, benda tu hanya mengikut apa yang dibaca supaya tiada sesiapa syak yang dia adalah jin.


Lepastu, dia mengelak untuk baca ayat kursi dan berkata “kejap la weh aku penat ar baca!” Dia pegang model kapal terbang yang ada atas tv dan berkata “weh syarikat ni INDIA punya ka?” ok we noted! Dat isn’t you. Sebelum tu, adik dia ada bagitahu, ikan puyu yang dibelanya telah mati beberapa hari lepas dengan keadaan tegak (kepala dia atas, ekor di bawah). Lepas abang dia suruh baca surah tu dia berkata, "wei ingat aku tak tau baca ka? Aku agama Islam. Kalau aku mati pon aku mati syahid!" *PANGGGG~~~ kami semua terpukul dengan killing statement dia tu, tiba2 cakap pasal mati syahid* Sebenarnya,hadith nabi ada berkata bahawa "jika seseorang itu mati kerana sihir, dosanya akan ditanggung oleh orang yang menyihirkan itu." Faham tak? 

Then dia keluar rumah, ok penat jugak sebenarnya nak jadi babysitter orang dewasa ni! Kami pon ikut dia, kebetulan ayah aku bela ikan puyu. Dia terus menuju ke aquarium dan melihat ikan2 tu. Amazing moment when all the fish get active suddenly bila dia hanya tengok ikan tersebut dan duri ikan puyu semuanya terpacak!! Wow! Then he started to talk ridiculous. ANDDDD ada lori yang berhenti depan rumah jiran aku, dia terus bangun dan berkata “weh dia mai ah!!” kami semua lari mendapatkannya, rupanya yang bawa lori tu adalah India. Dia macam ada sesuatu yang tak puas hati dengan kaum India. Yang hairan, dia nak pukul India yang tak bersalah dan tak tahu apa-apa. Ok dat is so not him! Sikapnya yang sebenarnya tidak suka bergaduh dengan orang lain. Nasib baik kami semua menghalang dan menariknya ke dalam rumah.Kalau tak India tadi dah selamat kena tumbuk.


Malam tadi sebenarnya mereka telah pergi berubat secara traditional di rumah ustaz Shakir. Sebelum tu, ada kejadian yang berlaku. Ibu mereka makan secara gelojoh segelojohnya! Macam orang kebulur. Ayah mereka tidak mampu berfikir dan menyatakan ingin memanggil seorang ustaz kerumahnya tetapi ibunya berkata dengan suara yang amat pelik “JANGAN PANGGIL SAPA2, AKU TAK MAU SAPA2 MAI” Jiran aku yang sakit ni secara tidak sedarkan diri, mungkin, telah mengambil telekung dan membidas ibunya dengan membaca surah ape ntah dan berkata “ALLAHUAKBAR, KAU KELUAR!!” dan kemudiannya tergamam! Ibunya menangis. Pada firasat aku, mungkin benda tu tahu yang dia akan dibawa ke rumah ustaz dan dia telah keluar dari badan orang yang ingin diubati dan masuk ke dalam jasad ibunya yang tidak mahu pergi ke rumah ustaz.



Sebenarnya lagi 2minggu jiran aku ni ingin menunaikan umrah, mungkin dugaan ini diberikan kepada mereka kerana jin memang tidak sukakan umat nabi melakukan kebaikan. Pada masa yang sama, jiran aku ni dipercayai telah disihir oleh saudara terdekat iaitu adik kandung neneknya sendiri kerana merebutkan tanah pusaka. SUBHANALLAH..sama-sama kita doakan mereka cepat pulih.

Thursday, June 28, 2012

To the independent life


I swear im not independent person! All problems that I got, I'll refer to my dad and let him handle them all. Not to mention dat I like to procrastinate things. Always been scold by my dad!


I have procrastinated 2 things then today dad got angry and ask me to do it by today. " its juz simple thing and u cannot handle by urself? how come u want to apply for a job? " ok fine -_-
I know dad want his children to stand on their own feet! :o


Belum habis masalah lain, problem lain pulak timbul! So today I got call from celcom saying that I have RM164.30 arrears on the number dat I never register. So I take it for granted! Yeah, Please slap me then! Dad sk me to go to Celcom centre alone to ask about it. Then celcom ask me to make a police report since I don't recognize the number. There I go :(  Hamek padan muka kau! Orang kata, sikit-sikit lama-lama jadi bukit, so masalah aku sekarang ni dah nak jadi bukit.
Pergi settle sekarang!! Baikkk -_-



Belum sempat aku rehatkan minda dan punggong yang kebas tak habis lagi, macam-macam pulak masalah timbul. Everything happens for a reason.
Maybe this will thaught me to be independent.
Pakcik polis ni nama Yahaya.ehemmm thanks pacikk!




My bro treat me Tutti Frutti... Thanks Pet! 



 This is mine! RM 12 :)



'Spot us!"
This is our activity during sem break actually
Date with my bro!
We're having a quality time together as u want Pet! wakakaka

Monday, June 25, 2012

Terengganu in memory


update,

Sedih tau nak tinggalkan Terengganu sebenarnya. 3 tahun pengalaman manis pahit payau kelat aku sensorang kat sana tanpa keluarga. Bawak kereta all the way from Kedah ke Terengganu kau ingat dekat? Sakit pinggang, kebas bontot 7 jam dalam kereta! Tapi aku harungi jugak demi Terengganu.. wahh gitu!



Awin, mak and Lid tiba di Terengganu seawal jam 12p.m. Terkezut mak, nakkk...! Ingatkan mereka akan tiba jam 5ptg. Bersusah payah aku hangkut semua barang dari aras 2 ke dalam kereta sensorang. Lembik lutut aku naik turun tangga! Phew! Sebaik selesai semua barang, Lid msg kata dah nak sampai...Ok fine!



Macam biasa, siapa tak kenal mak aku. Kalau pergi jalan jauh, pasti ada bekalan makanan yang dimasak sendiri di rumah. Nasi tomato! Masak seawal jam 3pagi katanya. Rajin tak mak saya?!! =p Menjamu selera di tepi pantai UMT buat kali terakhir :(

Gambar kenangan di pantai UMT


Macam biasa kalau pergi Terengganu, ibu-ibu mesti nak singgah Payang. Ayah-ayah ikutkan aja walaupon dalam hati 'habeslah duit aku!' Lepas tu cari jalan nak lari dari behaviour emek-emak. Senyap-senyap melangkah pergi jauh dari emak-emak. Bila emak dah siap pilih barang, toleh belakang, ayah-ayah dah hilang! haha syabas ayah-ayah!!


Hotel Grand Continental Kuala Terengganu
berpakej RM 195 termasuk sarapan pagi
Very comfortable
Thanks Farid for recommended n ur help :)

 


Ok dah lama tak swim, lepas tu bila check in, terus pergi cari swimming pool. Biarlah tengah hari pon, nak jugak tengok pool die best ke tak. Best tak best pung aku terjun jugak, tak kira!!
Pool terbaek! Cam harem!


Lepas swim, basah2 malas nak salin pakaian kat bilik salin, terus pergi kat lift nak naik bilik perangai buruk tapi padan muka mereka berdua ni sebab masa tu jugak lift rosak! 2dua lift rosak pulak tu! terpaksa naik tangga tingkat 8 habaq hang!!!! Penat weh! Cramp kaki gua, dah ler basah-basah. Beratnye badan, berat lagi kaki yang nak bawak badan tu. Ya Allah. Sampai bilik tercungap-cungap!









With my family angkat and my family having dinner kat kedai 'romantik'.
Menu : Ikan cermin masak 3rasa
ikan siakap masak steam
sayur kailan ikan masin
tomyam
telur dadar
kerabu mangga
belut paprik!
Thanks ayah! sayang kamu!



 Hye lembu!! Yaa kami memang takdak kerja.. Tak pasal-pasal pi bergambaq dengan lembu
Aku : "hye lembu, tumpang lalu"
Lembu : "esh adop tempak laeng nok jalang ke, lembu goh laa!"
Aku : " Hoi, sape yang lembu lening??"
Wahhh berkomunikasi dengan lembu gune bahasa Ganu...hihhihi


 Indah sungguh pemandangan pantai Penarik ni.. Tertarik hatiku untuk ke sini lagi


Gambar ni Cina mane ntah offer nak hamek! Tetibe die offer diri nak hamek gambaq kami..Pastu mintak facebook, takleh blah!


Masa ni dah nak check out. Mari sepahkan selimut-selimut supaya room keepers buat kerja! 
Bilik ni sangat luas
Boleh sumbat 6orang



  Kenangan terakhir yang saya bawa pulang bersama. Cik penyu dan Baby! Terima kasih atas pemberian ini. Akanku hargai.. :'(